KUALA LUMPUR: Kerja-kerja siasatan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) di kawasan kawah yang terbentuk akibat letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, belum dapat dimulakan, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.
Beliau berkata pihak berkuasa masih perlu menstabilkan kawasan ‘ground zero’ yang kini sangat tidak stabil akibat letupan serta ditakungi air kerana hujan.
Bagi memulihkan keadaan, Hussein berkata pengaliran sementara melalui pembinaan longkang monsun yang merentasi paip gas Petronas telah dilakukan dan selesai hari ini.
“Ini termasuk kerja-kerja ‘heat mapping’ (100-650 Celcius) melibatkan 300 meter radius, ini adalah fasa pertama. Dalam fasa kedua, kita akan memastikan keselamatan dan kestabilan tanah sebelum kerja pengorekan bagi memperlihatkan saluran paip gas dan pencarian keterangan fizikal dapat dilakukan.
“Ini melibatkan aktiviti pemeriksaan permukaan tanah, pengkelasan tanah dan pemasangan cerucuk keping yang akan berlangsung esok hingga 15 April,” katanya pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Putra Heights hari ini.
Hussein berkata selepas kesemua proses itu selesai, barulah proses siasatan JKKP dan polis untuk mengenal pasti punca kejadian dapat dijalankan diikuti proses pemeriksaan, pembaikan dan penyambungan semula bekalan paip gas yang terkesan.
Ditanya tempoh diperlukan untuk menstabilkan keadaan tanah, beliau berkata ia mungkin mengambil masa lama kerana kawah yang terhasil akibat letupan itu berkedalaman tujuh meter.
“Dengan keadaan hujan sekarang kita terpaksa keluarkan air dahulu (dari kawah), itu saja akan mengambil masa tujuh hingga 10 hari.
“Cabaran lain adalah kita kena keluarkan tanah lapisan demi lapisan sampailah pada kedalaman enam meter selepas memasang cerucuk keping, disusuli usaha mendokumenkan video dan gambar untuk bantu siasatan. Selepas itu, baru kita boleh masuk dan keluarkan laporan awal dalam dua minggu lagi,” katanya.
Kebakaran saluran gas Petronas pada 8.10 pagi Selasa, menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.
Sebanyak 219 rumah didapati terjejas manakala 220 kediaman disahkan selamat dan tidak terkesan dalam insiden itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests