KELANTAN BENTUK JAWATANKUASA KHAS SELESAI MASALAH AIR – EXCO
“Ia adalah permintaan Perdana Menteri bagi membincangkan kaedah pelaksanaan dan jumlah peruntukan tertentu secara lebih teliti untuk atasi masalah air di Kelantan.”
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Negeri, Datuk Azami Mohd Nor (tengah) mendengar taklimat daripada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Dr Nazmi Ghazali Azmi (depan, kiri) semasa mengadakan lawatan ke tapak projek penukaran paip lama ke paip baru di Pasir Tumboh hari ini. –fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Kelantan akan membentuk satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan masalah air di negeri itu dalam masa terdekat, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri Datuk Azami Mohd Nor.
Beliau berkata pembentukan jawatankuasa itu adalah antara perkara yang dicapai dalam pertemuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan minggu lepas.
“Ia adalah permintaan Perdana Menteri bagi membincangkan kaedah pelaksanaan dan jumlah peruntukan tertentu secara lebih teliti untuk atasi masalah air di Kelantan.
“Kerajaan Persekutuan memberi tempoh seminggu untuk membentuk jawatankuasa ini. Kerajaan negeri belum membuat pembentukan itu… kemungkinan besar Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob akan umumkan siapa pengerusi dan ahli jawatankuasa itu selepas mesyuarat exco Rabu ini,” katanya.
Azami berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan penggantian paip di Pasir Tumboh di sini hari ini yang turut dihadiri Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) Dr Nazmi Ghazali Azmi.
Beliau juga berkata perancangan untuk mengatasi masalah pembekalan air bersih di Kelantan melibatkan dua fasa dengan yang pertama pembinaan takungan air pinggiran sungai (TAPS) di Machang untuk jangka pendek yang sudah diluluskan sebanyak RM630 juta menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.
Azami berkata fasa pertama turut melibatkan pembinaan loji dan tangki agihan dengan kos RM1.5 bilion dan penggantian paip sepanjang 3,500 kilometer yang memerlukan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion.
“Bagi fasa kedua pula, projek jangka panjang melibatkan pembinaan TAPS di kawasan lain termasuk Tumpat daripada baki peruntukan RM8 bilion yang dipohon oleh kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata sejumlah 4,006 kilometer paip perlu diganti di seluruh Kelantan dan AKSB melalui kontraktor yang dilantik setakat ini telah menyiapkan kira-kira 412 kilometer.
Azami berkata penggantian paip untuk baki 3,500 kilometer lagi dijangka mengambil masa agak lama kerana pelbagai prosedur perlu dilalui termasuk proses mendapatkan permit.
“Kita mungkin akan buat serentak… kita akan buat penukaran paip mengikut jajahan dan kita juga mungkin perlu melantik lebih banyak kontraktor bagi mempercepat proses penggantian ini,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked