Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH MUDA GEMBIRA PEROLEH KEPUTUSAN SPM DI MAKKAH

DALAM NEGARA

JEMAAH MUDA GEMBIRA PEROLEH KEPUTUSAN SPM DI MAKKAH

Nur Safiyyah Nasuha, 18, bersyukur apabila terpilih menunaikan ibadat haji pada usia muda bersama empat adik-beradiknya dan bertambah gembira ketika mendapat perkhabaran berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM.

Nur Safiyyah menunjukkan panggilan video yang dibuat bersama ibu bapanya untuk mengetahui keputusan SPM 2022 di Masjidilharam hari ini. – Foto Ihsan keluarga

MAKKAH: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Methodist Raub, Pahang Nur Saffiyah Nasuha Ramlan memperoleh kegembiraan berganda di Tanah Suci apabila mendapat 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.

Nur Safiyyah Nasuha, 18, bersyukur apabila terpilih menunaikan ibadat haji pada usia muda bersama empat adik-beradiknya dan bertambah gembira ketika mendapat perkhabaran berjaya meraih keputusan cemerlang dalam SPM.

Berkongsi kegembiraannya, Nur Safiyyah Nasuha berkata ibu bapanya yang berada di Malaysia mengambil slip keputusan berkenaan dan menghubunginya secara panggilan video.

“Saya agak terkejut kerana tak sangka rupanya saya pelajar cemerlang di sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berkongsi rahsia kejayaannya, Nur Safiyyah Nasuha berkata dia fokus ketika berada di dalam kelas selain menjadikan aktiviti membaca al-Quran sebagai amalan harian. 

Menurutnya, dia ingin melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan selain berminat ke universiti di Kanada. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading