PENINGKATAN KOS TIDAK JEJAS KUALITI MAKANAN JEMAAH HAJI
Malah, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) menyediakan 42 jenis menu pada tahun ini, berbanding 28 jenis masakan tahun lepas supaya bakal haji tidak merasai sajian sama dalam tempoh masa singkat.
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (tengah) ketika melawat premis yang menyediakan pek sajian makanan untuk jemaah haji di sini.
MAKKAH: Peningkatan kos haji termasuk akibat faktor kenaikan harga barangan mentah di Arab Saudi tidak menjejaskan kualiti pek sajian makanan kepada jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1444 Hijrah ini.
Malah, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) menyediakan 42 jenis menu pada tahun ini, berbanding 28 jenis masakan tahun lepas supaya bakal haji tidak merasai sajian sama dalam tempoh masa singkat.
Beliau berkata pihaknya mengimbangi kenaikan harga barangan mentah dengan menggunakan inovasi dalam penyediaan makanan seperti rempah ratus pracampur dari Malaysia, selain memilih syarikat katering tempatan yang mempunyai peralatan moden.
“Sudah tentu ada impak dari segi kos bahan mentah, dari segi penggajian kepada pekerja dalam dapur ini kerana mereka juga memerlukan pekerja yang ramai dari segi penyediaan dan agihan makanan.
“Bagaimanapun, dengan kita memperkenalkan pracampur ini dapat mengurangkan sedikit jumlah pekerja dalam dapur dan penggunaan peralatan-peralatan seperti untuk memotong bawang dan sayur-sayuran… ini mengurangkan jumlah pekerja (syarikat tempatan),” katanya kepada pemberita selepas melawat tiga premis yang menyediakan pek sajian makanan untuk jemaah haji di sini.
Menurut Syed Saleh kos menunaikan haji bagi seorang jemaah Muassasah meningkat kira-kira lapan peratus kepada RM30,850 tahun ini, berbanding RM28,632 tahun lepas.
Dalam pada itu, Syed Saleh berkata pada tahun ini, TH memilih lapan syarikat katering tempatan yang mempunyai lesen dan sijil diiktiraf kira-kira 10 pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan kualiti dan kebersihan makanan berada di tahap tinggi.
Beliau berkata 18 tukang masak berpengalaman turut dibawa dari tanah air bagi memastikan makanan mempunyai nutrisi dengan cita rasa Malaysia.
Menurutnya lebih dua juta pek makanan dijangka diagihkan kepada jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji ini.
Syed Saleh berkata setakat Selasa lepas (6 Jun), sejumlah 287,241 pek makanan disediakan dengan 133,690 pek kepada jemaah haji negara di Madinah dan 153,551 pek di Makkah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.