KERJASAMA MALAYSIA-INDONESIA MUDAHKAN PRODUK SIJIL HALAL TEMBUS PASARAN KEDUA NEGARA
KUALA LUMPUR: Produk dan logo halal Malaysia yang disijilkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memasuki pasaran Indonesia tanpa halangan, susulan pemeteraian memorandum kerjasama (MoC) antara kedua-dua negara, berhubung Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang telah ditandatangani semalam.
Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang diwakili Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi BPJPH bagi Indonesia Muhammad Aqil Irham.
KUALA LUMPUR: Produk dan logo halal Malaysia yang disijilkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh memasuki pasaran Indonesia tanpa halangan, susulan pemeteraian memorandum kerjasama (MoC) antara kedua-dua negara, berhubung Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang telah ditandatangani semalam.
JAKIM dalam kenyataan memaklumkan, malah produk yang dikilangkan di Indonesia dan memakai logo halal Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) selaku badan pensijilan halal di republik itu, juga boleh memasuki pasaran Malaysia.
“Kerjasama ini sekali gus memudahkan pengeksportan produk Malaysia ke Indonesia, serta menyumbang kepada peningkatan perdagangan produk halal antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut menerusi MoC berkenaan, JAKIM disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di Indonesia, manakala BPJPH disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf di negara ini.
“Selain itu, MoC ini juga membolehkan kedua-dua negara berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan pensijilan halal yang meliputi aspek latihan, penyelidikan dan analisis produk halal, demi kepentingan bersama.
“MoC ini akan menjadi perintis kepada kerjasama strategik antara kedua-dua negara dalam pengurusan halal yang lebih luas, pada masa akan datang,” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo menyaksikan beberapa perjanjian yang ditandatangani wakil kementerian serta agensi berkaitan, dari kedua-dua negara di Seri Perdana, Putrajaya.
Antara perjanjian yang ditandatangani termasuk Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik yang diwakili Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Pengerusi BPJPH bagi Indonesia Muhammad Aqil Irham.
Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Malaysia bermula semalam atas jemputan Anwar, susulan lawatan rasmi Anwar ke republik berkenaan pada Januari.
Kali terakhir Jokowi mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ialah pada 2019, selepas dilantik semula bagi penggal kedua menerusi Pilihan Raya Presiden pada 17 April. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests