Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMAIN BOLA SEPAK LIGA SUPER DITAHAN DIPERCAYAI CEDERAKAN TEMAN WANITA

DALAM NEGARA

PEMAIN BOLA SEPAK LIGA SUPER DITAHAN DIPERCAYAI CEDERAKAN TEMAN WANITA

Seorang pemain bola sepak Liga Super ditahan semalam selepas dipercayai telah menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya, selepas berselisih faham di dalam sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.

KUALA LUMPUR:  Seorang pemain bola sepak Liga Super ditahan semalam selepas dipercayai telah menyebabkan kecederaan terhadap teman wanitanya, selepas berselisih faham di dalam sebuah bilik hotel di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, yang merupakan wanita tempatan pada 6 pagi semalam.

Beliau berkata akibat perselisihan faham antara mangsa dan suspek itu, telah menyebabkan kecederaan di bahagian badan mangsa selain telefon bimbit mangsa turut mengalami kerosakan.

“Hasil maklumat dan risikan dijalankan, polis telah menahan suspek di sebuah hotel di Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan, kerana mendatangkan kecederaan dan melakukan khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading