WANITA MENGANDUNG SEMBILAN BULAN CURI GELANG EMAS RM45,000
Soal siasat awal mendapati suspek berusia 29 tahun itu, mengaku telah mencuri gelang tangan itu dan melarikan diri dengan membonceng sebuah motorsikal, yang dibawa oleh kakak angkatnya yang berusia 36 tahun, di hadapan kedai tersebut.
ARAU: Polis menahan seorang wanita yang sedang sarat hamil sembilan bulan bersama kakak angkatnya, kerana dipercayai mencuri dua utas gelang tangan emas bernilai RM45,000 dari sebuah kedai emas di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata pihaknya menerima aduan pada 5.52 petang semalam, daripada seorang jurujual sebuah kedai emas di pekan Arau bahawa seorang wanita telah datang ke kedainya kerana ingin membeli barang kemas.
“Ketika kejadian, suspek yang mengandung sembilan bulan meminta untuk melihat dua utas gelang tangan emas, yang dipamerkan di dalam meja pameran.
“Dia melihat barang kemas tersebut lebih kurang selama sepuluh minit, sebelum bertindak melarikannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Mohsin berkata soal siasat awal mendapati suspek berusia 29 tahun itu, mengaku telah mencuri gelang tangan itu dan melarikan diri dengan membonceng sebuah motorsikal, yang dibawa oleh kakak angkatnya yang berusia 36 tahun, di hadapan kedai tersebut.
“Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan, dibantu pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dan telah berjaya menemukan kesan cap jari suspek berusia 29 tahun,” katanya.
Ahmad Mohsin berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Beliau berkata suspek berusia 36 tahun direman selama tiga hari sehingga 11 Jun bagi membantu siasatan, manakala suspek berusia 29 tahun yang mengandung sembilan bulan dilepaskan dengan jaminan polis. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.