DITEMANI ALUNAN AL-QURAN KETIKA ULANG KAJI RESIPI KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG SPM
Nik Nur Adreena Nik Mohd Kamil, 18, dari Kampung Kelochor berkata dia percaya amalan itu yang memberikannya ketenangan dapat membantunya untuk kekal fokus dan menajamkan fikiran sehingga berjaya meraih kejayaan cemerlang.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat bergambar kenangan selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 hari ini. –fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Rutin mendengar alunan bacaan al-Quran ketika mengulang kaji pelajaran menjadi resipi seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, di sini, muncul sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Kelantan.
Nik Nur Adreena Nik Mohd Kamil, 18, dari Kampung Kelochor berkata dia percaya amalan itu yang memberikannya ketenangan dapat membantunya untuk kekal fokus dan menajamkan fikiran sehingga berjaya meraih kejayaan cemerlang.
“Alhamdulillah, saya berjaya meraih keputusan 11A+ bagi kesemua mata pelajaran yang diambil iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Fizik, Biologi, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Matematik, Bahasa Arab, Kimia, Pendidikan Syariah Islamiah dan Matematik Tambahan.
“Saya tidak menyangka mampu meraih kejayaan ini kerana saya tidak meletakkan harapan yang sangat tinggi. Malah, muncul sebagai pelajar cemerlang SPM bagi seluruh negeri Kelantan juga dianggap sebagai rezeki yang tidak disangka-sangka,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Haji Yacob SMKA Naim Lilbanat hari ini.
Bercerita lanjut, Nik Nur Adreena yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor berkata, selain menekankan aspek rohani, beliau juga tidak mengabaikan aspek akademik iaitu meluangkan masa masa kira-kira dua jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran.
Selain itu, dia turut mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan pihak sekolah untuk memantapkan lagi ilmu yang ada sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan selain kerap bertanyakan kepada guru dan rakan-rakan.
“Kebiasaannya saya akan mengulang kaji pelajaran ketika waktu malam iaitu pada 9 malam hingga 12 tengah malam selain turut melakukan latih tubi membabitkan soalan SPM tahun-tahun lepas yang turut membantu.
“Kejayaan ini bukan milik saya seorang, tetapi saya mahu kongsikan kegembiraan terutamanya bersama ibu dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang persekolahan saya selain guru-guru dan juga rakan-rakan di SMKA Naim Lilbanat,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests