Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KELONGGARAN DIBERI BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP – KHAIRY

DALAM NEGARA

KELONGGARAN DIBERI BAGI PENERIMA VAKSIN LENGKAP – KHAIRY

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengeluarkan garis panduan bagi individu yang sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19, bulan depan.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, garis panduan yang akan disediakan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) bakal memberi lebih kelonggaran kepada golongan berkenaan.

Menurutnya, garis panduan tersebut akan dibentangkan di peringkat jawatankuasa tersebut sebelum dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita mungkin akan keluarkan garis panduan mengenai apa yang anda boleh lakukan selepas anda sudah menerima sepenuhnya dua dos vaksin.

“Bagaimanapun, buat masa ini, dengan penularan varian Delta, kita lebih berhati-hati,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading