Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PKPD: PERKHIDMATAN KAUNTER KERAJAAN DITUTUP

DALAM NEGARA

PKPD: PERKHIDMATAN KAUNTER KERAJAAN DITUTUP

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan kaunter Kerajaan ditutup sepenuhnya bagi kawasan yang terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, ia susulan pelaksanaan PKPD di mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bermula pada 3 Julai hingga 16 Julai.

Bagaimanapun, arahan tersebut tidak diguna pakai bagi kaunter di perkhidmatan kesihatan, balai polis serta pintu-pintu masuk antarabangsa yang melibatkan urusan perkastaman, imigresen serta kuarantin.

“Selaras dengan arahan tersebut, prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian Pejabat Kerajaan semasa tempoh PKPD bagi kawasan terlibat akan mengguna pakai arahan pengoperasian Pejabat Kerajaan yang telah dikeluarkan pada 30 Mei 2021 (Pengoperasian Pejabat Kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 1).

“Perkhidmatan kaunter Kerajaan di seluruh negara telah dibuka bermula 1 Julai 2021 sebagaimana arahan yang dikeluarkan pada 29 Jun 2021,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading