KEMALANGAN LIMA SEKAWAN: ARWAH IQBAL HASNUN MAHU IKUT JEJAK IBU BAPA JADI GURU AGAMA
Pada kejadian tengah malam tadi, Iqbal Hasnun, 23, bersama empat rakan serumahnya yang juga pelajar USAS rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Km 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar.
KULAI: Seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang maut dalam kemalangan berhampiran Terowong Menora di Lebuhraya Utara Selatan arah utara tengah malam tadi, Iqbal Hasnun Halimi, mahu mengikut jejak ibu bapanya menjadi guru agama selepas tamat pengajian nanti.
Ibu saudaranya Siti Norassikin Paralan berkata penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam yang juga anak sulung daripada empat beradik itu merupakan harapan keluarga lebih-lebih lagi bapa Halimi Ali Yahid dan ibunya Norlaila Paralan yang merupakan guru agama di Sekolah Islam Hidayah, Senai, di sini.
“Iqbal sangat baik dan mesra dengan adik-beradik serta sepupu-sepupunya. Kehilangannya amat dirasai keluarga, kali terakhir saya berjumpa dengannya pada Sabtu lepas semasa beraya di sini,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah Allahyarham di Taman Impian Jaya, Senai, di sini.
Siti Norassikin berkata berita pemergian anak buahnya itu diketahui awal pagi tadi apabila mendapat panggilan telefon daripada Norlaila pada 5.30 pagi, yang mengatakan akan berangkat ke hospital di Kuala Kangsar bersama suami, adik ipar dan tiga anaknya.
“Kakak minta saya bantu uruskan hal-hal di sini. Kami masih menunggu berita selanjutnya daripada kakak dan abang ipar saya. Masa telefon tadi pun, kakak menangis, jadi saya tak sampai hati nak tanya lebih lanjut.
“Alhamdulillah, semua urusan tempat tinggal dan perkara lain diuruskan oleh universiti, jadi saya tak risau keadaan kakak sekeluarga di sana,” kata suri rumah itu.
Sementara itu, nenek mangsa Painam Selamat berkata kali terakhir dia bertemu dengan cucunya itu ialah ketika keluarga anaknya berkunjung ke rumahnya untuk berhari raya di Kampung Parit Puteri Menangis, Benut, Pontian, baru-baru ini.
“Dia (Allahyarham Iqbal Hasnun) sempat minta nasi goreng, makanan kegemarannya. Dia memang manja,” kata neneknya yang berusia 82 tahun itu.
Rakan mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad berkata arwah Iqbal Hasnun sering menjadi mentor kepada pelajar-pelajar junior dan selalu memberikan mereka nasihat supaya belajar bersungguh-sunguh.
“Arwah orang yang baik. Satu daripada sebab saya dapat habiskan pengajian diploma disebabkan dia membantu dalam pelajaran bahasa Arab dan tugasan lain,” katanya yang kini mengajar di Sekolah Agama Bandar Baru Uda, di sini.
Sementara itu, di Kuala Kangsar, Perak, Naib Pengerusi Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa) Peringkat USAS Ainur A’fifah Zakaria, 21, berkata Allahyarham Iqbal Hasnun yang juga Pengerusi Kor Sispa itu suka memberikan pertolongan kepada ahli sekiranya mengalami sebarang masalah.
“Kami dapat tahu mengenai pemergiannya daripada kumpulan WhatsApp awal pagi tadi…arwah dikenali sebagai pemimpin yang baik dalam kalangan penuntut USAS dan paling gigih berusaha yang terbaik untuk menyediakan keperluan pasukan,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar hari ini.
Seorang rakan kuliahnya, Muhammad Alif Haiqal Jamal Amidy, 22, berkata arwah ada merancang sebuah program percutian bersama rakan lain namun tidak kesampaian.
“Kali terakhir kami berjumpa ketika bulan Ramadan sebelum pulang untuk menyambut hari raya dan tiba-tiba saya dapat tahu mereka kemalangan menerusi pesanan kumpulan WhatsApp pengajian kira-kira pukul 1.49 pagi.
“Selepas itu saya cuba menghubungi Iqbal dan seorang lagi mangsa Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar namun tidak dapat dihubungi. Saya kemudian memperoleh maklumat dan pengesahan melalui seorang lagi rakan bahawa memang mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.
Pada kejadian tengah malam tadi, Iqbal Hasnun, 23, bersama empat rakan serumahnya yang juga pelajar USAS rentung selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam kemalangan di Km 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar.
Turut terkorban ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Chukai, Terengganu; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager