Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES BULI UPNM: SUSPEK DIDAKWA ESOK

DALAM NEGARA

KES BULI UPNM: SUSPEK DIDAKWA ESOK

Ibu kepada seorang daripada mangsa yang maut dalam kemalangan berhampiran IOI Putrajaya di sini tengah malam tadi tidak menyangka panggilan telefon yang diterima daripada anaknya Selasa lepas merupakan perbualan terakhir mereka.

KUALA LUMPUR: Suspek kes buli seorang kadet tahun satu Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hingga cedera parah akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Kuala Lumpur pada 9 pagi.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. Arahan  untuk pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini 16 saksi telah dipanggil untuk rakaman percakapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 10 Nov lepas, Rusdi dalam kenyataan memaklumkan mangsa berusia 19 tahun mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang selepas dicederakan seorang penuntut senior tahun tiga.

Kejadian dipercayai berlaku pada 10.45 malam, 21 Okt lepas dan polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 8.40 malam 8 Nov lepas.

Dalam perkembangan lain, polis Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan anggota polis  disyaki terlibat dalam kes kehilangan barang kemas milik seorang wanita yang meninggal dunia dalam kereta pada 1 Okt lepas, akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 8 pagi, esok.

Media sebelum ini melaporkan empat anggota polis telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes kecurian barang kemas didakwa milik seorang wanita yang ditemukan meninggal dunia dalam kereta di kawasan parkir sebuah kondominium di Setapak, di sini.

Pada awalnya kes diklasifikasikan sebagai Kertas Enkuiri Polis (KEP), namun selepas memperoleh beberapa keterangan, kes telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading