QATAR HASRAT RANGKA PROGRAM PEMBANTERASAN RASUAH NEGARA ISLAM DENGAN MALAYSIA
“Kerajaan Qatar minta satu rombongan utama, menteri dan SPRM untuk bekerjasama merangka program pembanterasan rasuah di negara-negara Islam dan hal itu ditugaskan kepada SPRM.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketegasan kerajaan memerangi kes rasuah hingga peringkat akar umbi bukan sahaja telah berjaya meningkatkan imej negara dari segi indeks persepsi rasuah tetapi turut mendapat pengiktirafan negara luar.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hal itu dibuktikan apabila kerajaan Qatar telah meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bekerjasama merangka program pembanterasan rasuah di negara-negara Islam.
“Kerajaan Qatar minta satu rombongan utama, menteri dan SPRM untuk bekerjasama merangka program pembanterasan rasuah di negara-negara Islam dan hal itu ditugaskan kepada SPRM,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berhubung tahap pencapaian kerajaan MADANI setelah mencapai usia dua tahun pemerintahan dalam melaksanakan janji antaranya usaha memerangi rasuah.
Untuk rekod, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dijadual mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Peringkat Menteri Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa di Doha minggu depan.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International telah meningkat pada 2023 apabila negara mencapai 50 mata pada 2023 berbanding 47 mata sebelumnya.
Sebelum ini, Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M) Dr Muhammad Mohan berkata lonjakan itu antara lain disebabkan tindakan berterusan SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) mendakwa ahli politik berprofil tinggi selain kebebasan badan kehakiman.
Sementara itu, Anwar berkata dakwaan bahawa terdapat usaha menyekat siasatan SPRM dalam kes rasuah melibatkan golongan maha kaya dan ahli politik adalah tidak benar.
Beliau berkata walaupun SPRM berdepan cabaran dalam menguruskan kes golongan berkenaan yang memiliki ramai penyokong, namun suruhanjaya itu sentiasa meneruskan siasatan tanpa mengira status, termasuk dalam kes rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sabah.
“Memang saya tahu ia tidak mudah…sukar untuk memerangi rasuah apabila melibatkan golongan maha kaya kerana ramai penyokong mereka. Tetapi saya telah diberi maklum oleh SPRM bahawa hal ini akan diteruskan termasuk isu-isu berbangkit umpamanya yang terakhir mengenai Sabah.
“Saya dimaklumkan oleh SPRM, siasatan akan diteruskan dan ADUN berkaitan akan dipanggil, setakat itu sahaja boleh saya maklumkan. Tetapi tidak benar sama sekali jika dikatakan ada usaha untuk mengekang dan menyekat.
“Begitu juga yang melibatkan orang kenamaan besar lain kerana seperti saya tegaskan berulangkali, negara tidak mungkin selamat kalau tidak dibenteras rasuah ke akar umbinya,” katanya.
Sehubungan itu beliau meminta kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan matlamat kerajaan untuk memerangi rasuah hingga peringkat akar umbi dan tidak mahu lagi wujud persepsi bahawa tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap kes tersebut adalah bermotifkan politik.
Dalam pada itu, Anwar berkata prestasi terperinci kerajaan MADANI juga akan dimaklumkan pada Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 24 Nov ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked