KES DENGGI MENINGKAT 7.9 PERATUS, TIGA KEMATIAN DILAPORKAN
Jumlah kes deman denggi meningkat 7.9 peratus kepada 2,638 kes pada Minggu Epidemiologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 21 Mei hingga 27 Mei, berbanding 2,444 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
PUTRAJAYA: Jumlah kes deman denggi meningkat 7.9 peratus kepada 2,638 kes pada Minggu Epidemiologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 21 Mei hingga 27 Mei, berbanding 2,444 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiga kematian akibat komplikasi demam denggi turut dilaporkan pada ME21.
Beliau berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME21 meningkat 164.4 peratus kepada 46,257 kes berbanding 17,496 kes bagi tempoh sama 2022, manakala 31 kematian akibat komplikasi dilaporkan berbanding 10 kematian bagi tempoh yang sama tahun lepas.
“Trend kes denggi bagi 2023 adalah lebih tinggi berbanding trend kes bagi median lima tahun dan 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti ‘hotspot’ pada ME21 menurun kepada 72 berbanding 77 pada minggu sebelumnya, dengan 53 lokaliti berada di Selangor, Pulau Pinang (8), Sabah (5), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (4) serta masing-masing satu lokaliti di Kedah dan Perak.
Beliau berkata bagi survelan chikungunya, tiga kes direkodkan pada ME21 dengan dua kes dari Selangor dan satu kes dari Kedah dengan jumlah kumulatif kes hingga kini adalah 134 kes.
Menurutnya bagi survelan zika pula, 1,139 sampel darah dan 53 sampel urin telah dijalankan saringan dan hasil kesemuanya adalah negatif.
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan kes demam denggi dalam jarak 200 meter serta status wabak satu kawasan kini dapat diakses melalui aplikasi iDengue atau pautan laman sesawang iDengue di https://idengue.mysa.gov.my/.
“Jarak terbang nyamuk aedes adalah dalam radius 200 meter dan sekiranya terdapat kes demam denggi di sesebuah kawasan, nyamuk infektif akan membawa virus denggi dalam jarak sekitar 200 meter dari rumah kes,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager