HANYA 0.2 PERATUS JEMAAH HAJI BERADA DI PUSAT RAWATAN – SYED SALEH
Seramai 29 orang atau hanya 0.2 peratus daripada 13,000 jemaah haji yang tiba di Tanah Suci ketika ini berada di pusat rawatan Tabung Haji (TH), dengan 11 daripadanya dirawat akibat radang paru-paru disebabkan keadaan cuaca yang panas dan berdebu.
MAKKAH: Seramai 29 orang atau hanya 0.2 peratus daripada 13,000 jemaah haji yang tiba di Tanah Suci ketika ini berada di pusat rawatan Tabung Haji (TH), dengan 11 daripadanya dirawat akibat radang paru-paru disebabkan keadaan cuaca yang panas dan berdebu.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata tujuh daripadanya menerima rawatan di Makkah dan empat lagi di Madinah akibat radang paru-paru, manakala selebihnya dirawat ekoran masalah seperti penyakit jantung dan terjatuh.
Beliau berkata dari segi kadar penggunaan katil di pusat rawatan di Makkah dan Madinah, hanya 11 peratus digunakan dengan empat peratus melibatkan pesakit radang paru-paru.
“Kesemua mereka dalam keadaan stabil dan memadai dengan rawatan mengambil antibiotik, jadi ini bukan satu perkara yang kita perlu gusar atau memberi penekanan yang lebih daripada biasa, kerana ini dikawal dengan baik oleh pihak perubatan kita.
“Pesakit juga dalam keadaan stabil, baik dan tidak memerlukan rawatan yang lebih lanjut,” katanya selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama 279 jemaah haji yang tiba di maktab penginapan di Al Fajer Al Badia di sini melalui Terminal Haji Jeddah, Arab Saudi.
Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp mengenai ramai jemaah haji memenuhi wad di pusat rawatan disebabkan pneumonia dengan hampir kesemua mereka tidak mengambil vaksin Pneumococcal dan Influenza.
Ditanya sama ada jemaah haji yang dirawat akibat radang paru paru berkenaan tidak mengambil kedua-dua vaksin berkenaan, Syed Saleh berkata perkara itu masih diteliti, namun pemeriksaan rambang terhadap buku rekod rawatan jemaah haji mendapati terdapat jemaah yang mengambilnya.
Jelasnya bakal haji digalakkan mengambil kedua-dua vaksin berkenaan sebagai tambahan kepada vaksin Meningococcal yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi.
“Kita lihat kepada apa yang dikenakan oleh kerajaan Arab Saudi dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, kita sentiasa mempunyai perbincangan ke arah itu (mewajibkan vaksin Pneumococcal dan Influenza) tetapi buat ketika ini masih di peringkat hanya mewajibkan Meningococcal,” katanya.
Menurutnya setiap tahun, TH memberikan perhatian serius kepada penyakit radang paru-paru dengan menempatkan pakar respiratori dan ubat-ubatan berkaitan di pusat rawatan, selain mengadakan sesi penerangan berhubung penjagaan kesihatan kepada bakal haji ketika hadir kursus-kursus haji di tanah air.
Syed Saleh seterusnya memaklumkan tiga jemaah haji Malaysia berada di fasiliti kesihatan Arab Saudi kerana masalah jantung, jangkitan paru-paru serta kulit, dan mereka berada dalam keadaan stabil. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.