KES PEMANDU WANITA REMPUH PELAJAR UITM DUNGUN DIPINDAH KE MAHKAMAH TINGGI
Majistret Nur Amirah Fatihah Osman membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman untuk memindahkan kes Norizan Ismail, 50, yang menghadapi tiga pertuduhan membunuh.
Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan kes membabitkan pemandu Norizan Ismail, 50, (tengah) yang didakwa membunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. –fotoBERNAMA
DUNGUN: Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan kes pemandu wanita yang didakwa membunuh tiga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun dalam satu kemalangan tragis dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Majistret Nur Amirah Fatihah Osman membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman untuk memindahkan kes Norizan Ismail, 50, yang menghadapi tiga pertuduhan membunuh.
“Hari ini ditetapkan bagi izin pendakwaan untuk ketiga-tiga kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Pihak pendakwaan memohon kes ini dipindah untuk dibicarakan,” kata Nur Azhani pada sebutan semula kes itu hari ini.
Pada 15 Okt 2024, ibu kepada tiga anak itu didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kematian Muhammad Akmal Md Tukirin, 25; Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20; dan Khairil Anuar Jamaludin, 20, di Jalan Pantai berhadapan UiTM Dungun pada 7.35 malam, 9 Okt tahun lepas.
Wanita itu yang diwakili peguam Norhabibah Norulalzahar didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum tidak kurang 12 sebatan.
Pada 14 Jan lepas, mahkamah itu mengesahkan Norizan layak untuk dibicarakan berdasarkan laporan pemeriksaan psikiatri yang diperoleh dari Hospital Permai, Johor.
Dalam kejadian itu, wanita berkenaan yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh dua motosikal dinaiki empat penuntut UiTM yang dalam perjalanan pulang ke kampus selepas menyertai aktiviti riadah dan makan malam.
Selain tiga yang maut, rempuhan dari arah belakang itu juga menyebabkan seorang lagi mangsa Muhammad Ammar Danish Mohd Ridhuan, yang ketika itu berusia 20 tahun, cedera. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked