KES ZAYN RAYYAN: DUA SAKSI PENDAKWAAN KANAK-KANAK SELESAI BERI KETERANGAN HARI INI
Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian berkata dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf (dua, kanan) hadir di Mahkamah Sesyen hari ini bagi sambung bicara kes pengabaian yang dihadapinya terhadap kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu. –fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Dua saksi pendakwaan kanak-kanak hari ini selesai memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini dalam perbicaraan kes ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin yang didakwa mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Ditemui pemberita selepas prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian berkata dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu yang merupakan saksi pendakwaan ke-14 dan ke-15 selesai memberi keterangan dalam prosiding tertutup di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.
“Hari ini dua saksi kanak-kanak itu telah selesai memberi keterangan untuk pemeriksaan balas oleh pihak peguam dan pemeriksaan semula bagi pihak pendakwa raya selepas mereka mula memberi keterangan pada Selasa (18 Feb).
“Setakat ini, sebanyak 20 saksi pendakwaan termasuk dua saksi kanak-kanak itu telah dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes ini,” katanya yang turut memaklumkan perbicaraan itu berlangsung hampir dua jam bermula 10 pagi.
Kamarul Iman berkata dalam prosiding hari ini, dua saksi kanak-kanak itu yang berumur 10 tahun turut membuat pengecaman terhadap ibu kepada Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf, selain seorang daripadanya mengesahkan dia melihat Zayn Rayyan kali terakhir pada 5 Dis 2023.
Prosiding hari ini turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Aqharie Durranie Aziz manakala peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris mewakili pasangan suami isteri itu.
Perbicaraan bersambung pada 11 Mac ini.
Pada 17 Feb lepas, mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya prosiding perbicaraan melibatkan dua saksi pendakwaan kanak-kanak itu berlangsung secara tertutup dan ditemani orang dewasa yang ditempatkan jauh daripada dua kanak-kanak terbabit serta pihak media tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah bagi mendengar perbicaraan.
Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira kedua-duanya berusia 30 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu, dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya dan mangsa dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager