Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KETUA POLIS TALIBAN MAUT, 11 CEDERA SELEPAS KENDERAAN DIBOM

DUNIA

KETUA POLIS TALIBAN MAUT, 11 CEDERA SELEPAS KENDERAAN DIBOM

JALALABAD: Ketua Polis Taliban terbunuh selepas kenderaan yang dinaikinya diletupkan di Timur Afghanistan, hari ini.

Kejadian dilapor turut menyebabkan 11 orang cedera.

Menurut pegawai kumpulan Taliban, letupan tersebut berlaku di Asadabad, ibu kota Kunar yang menyasarkan Ketua Polis Taliban itu.

“Ketua polis telah meninggal dunia dan 11 orang cedera,” katanya kepada AFP.

Kejadian tersebut turut disahkan seorang doktor di sebuah hospital di Kunar yang menerima 11 orang mangsa cedera melibatkan empat pejuang taliban serta tujuh orang awam.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan yang berlaku.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading