KHALID IBRAHIM BANYAK BERJASA, KEHILANGAN BESAR BUAT NEGARA – IDRIS AHMAD

KUALA LUMPUR: Pemergian bekas Menteri Besar Selangor ke-14 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi satu kehilangan besar buat negara.

ARTIKEL BERKAITAN – KHALID IBRAHIM MENINGGAL DUNIA

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata Allahyarham telah banyak berjasa serta berbakti kepada masyarakat dan negara.

“Saya mengucapkan salam takziah kepada keluarga Almarhum atas kehilangan insan berjasa ini.

“Semoga segala amal ibadah dan bakti diterima-Nya dan moga Allah Taala menempatkan Almarhum bersama sekalian hamba-Nya yang soleh,” katanya dalam catatan dia Facebook hari ini.

Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.

Sebelum ini Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.–AlHijrah Online

Leave a Reply