Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WAN ZAHIDI MULAKAN TUGAS SEBAGAI MUFTI PERAK

DALAM NEGARA

WAN ZAHIDI MULAKAN TUGAS SEBAGAI MUFTI PERAK

IPOH: Mufti Perak yang baharu Datuk Wan Zahidi Wan Teh berhasrat untuk meneruskan legasi bekas mufti Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria dalam mempertahankan kesucian agama Islam di negeri ini.

Mufti Perak yang baharu Datuk Wan Zahidi Wan Teh ketika sidang media selepas memulakan tugas pada hari pertama sebagai mufti di Kompleks Islam Darul Ridzuan, hari ini. – Bernama

IPOH: Mufti Perak yang baharu Datuk Wan Zahidi Wan Teh berhasrat untuk meneruskan legasi bekas mufti Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria dalam mempertahankan kesucian agama Islam di negeri ini.

Wan Zahidi, 80, yang tiba pada kira-kira pukul 8.30 pagi di Jabatan Agama Islam Perak di sini bagi memulakan tugas hari pertamanya berkata beliau bersyukur dan terharu apabila menerima Watikah Pelantikan dari Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi jawatan tersebut, Sabtu lepas.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk pulang semula ke negeri ini dan berkhidmat dalam mengembangkan syiar Islam dan menangani segala isu melibatkan agama Islam.

“Saya dan arwah (Harussani) merupakan sahabat lama sejak beliau dilantik menjadi mufti. Kami sering berjumpa di program ceramah dan berasa sangat terharu untuk meneruskan legasi beliau. Saya ingin mengikutI langkahnya,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau yang berasal dari Gerik, merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Wan Zahidi pernah menjawat pelbagai jawatan penting seperti Pakar Perunding Yayasan Dakwah Islamiah, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Mufti Wilayah Persekutuan dan Felo Kehormat Kanan Universiti Islam Malaysia.

Pada 30 Mei 2021, Harussani, 82, yang dilantik sebagai Mufti Perak sejak 1985 meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini semasa mendapatkan rawatan kerana jangkitan COVID-19. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading