Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KIRA-KIRA 110,000 WARGA PALESTIN MELARIKAN DIRI DARI RAFAH – UNRWA

DUNIA

KIRA-KIRA 110,000 WARGA PALESTIN MELARIKAN DIRI DARI RAFAH – UNRWA

Kira-kira 110,000 warga Palestin telah meninggalkan Rafah di selatan Semenanjung Gaza sejak tentera Israel mula mara ke bandar itu.

Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal mengumpulkan barang-barang mereka sebelum melarikan diri dari al-Mawasi ke kawasan yang lebih selamat di Rafah di selatan Semenanjung Gaza -foto AFP

BAITULMAQDIS: Kira-kira 110,000 warga Palestin telah meninggalkan Rafah di selatan Semenanjung Gaza sejak tentera Israel mula mara ke bandar itu, menurut Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menerusi hantaran di X, UNRWA berkata tiada tempat yang selamat di Semenanjung Gaza untuk rakyat Palestin ketika keadaan hidup amat teruk.

“Satu-satunya harapan ialah gencatan senjata dengan segera,” kata UNRWA.

Menurut pihak berkuasa sempadan Palestin, lintasan sempadan Rafah ke Mesir masih ditutup untuk penghantaran bantuan kemanusiaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading