Sekitar Majlis Perasmian Klinik QFFD Kajang di Taman Kajang Sentral, hari ini.
KAJANG, 9 April: Kira-kira 20,000 komuniti pelarian di Kajang dan kawasan berdekatan dijangka mendapat manfaat akses kesihatan selepas pembukaan Klinik QFFD (Dana Qatar Untuk Pembangunan) di Taman Kajang Sentral di sini hari ini.
Perasmian Klinik QFFD yang merupakan projek Qatar Charity (QC) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi menyediakan akses penjagaan kesihatan kepada komuniti pelarian di Malaysia dirasmikan Presiden Mercy Malaysia, Prof Datuk Dr Ahmad Faizal Perdaus.
Sekitar Majlis Perasmian Klinik QFFD Kajang di Taman Kajang Sentral, hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Mokhtar Tahar; Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd Rabin Basir dan Pengarah Eksekutif Qatar Charity Berhad, Karam Zeinhom Hassan Aly.
Klinik QFFD di Kajang itu merupakan satu daripada lima klinik di bawah Projek Penjagaan Kesihatan Pelarian di Malaysia selama tiga tahun bermula September 2019 yang dibiayai sepenuhnya QFFD dan dijalankan dengan kerjasama tiga badan kemanusiaan perubatan di Malaysia.
Sekitar Majlis Perasmian Klinik QFFD Kajang di Taman Kajang Sentral, hari ini.
Mercy Malaysia mengendalikan operasi Klinik QFFD di Kajang dan Ampang, manakala baki tiga klinik lagi, masing-masing di Selayang (Selangor) dan Kota Tinggi (Johor) serta Sungai Petani (Kedah) dikendalikan Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysian Relief Agency (MRA).
Kesemua Klinik statik QFFD ini memulakan operasinya sejak Februari 2021. Walaupun menjadikan kelompok komuniti pelarian sebagai sasaran utama, Klinik QFFD juga dibuka kepada rakyat tempatan di kawasan berhampiran.
Dr Ahmad Faizal dalam kenyataan diedarkan kepada media menyifatkan Klinik QFFD sebagai initiatif “tripartite” membabitkan kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan badan antarabangsa bagi meningkatkan akses penjagaan kesihatan kepada komuniti pelarian, sekali gus membantu mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.
“Objektif projek ini tidak tanya terhad kepada pemeriksaan rutin dan khidmat penjagaan kesihatan primer tetapi turut meliputi program vaksinasi, pendidikan dan kesedaran penjagaan kesihatan,” kata Dr Faizal.
Malaysia tidak mengiktiraf pelarian dan tidak menandatangani Konvensyen Geneva Mengenai Pelarian 1951 dan Protokol berkaitan, bagaimanapun mempunyai jumlah pelarian yang agak signifikan lebih 180,000 pelarian dan pemohon suaka dengan majoritinya dari Myanmar.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager