Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT JATUH LONGKANG

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT JATUH LONGKANG

TAIPING: Seorang wanita warga emas dalam lingkungan umur 84 tahun ditemui maut selepas terjatuh ke dalam longkang semasa berjalan kaki di Jalan Limau Nipis, Kampung Jambu, pagi tadi.

Menurut laporan yang diperoleh, mangsa difahamkan berjalan kaki seorang diri sebelum terjatuh ke dalam longkang tersebut.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada jam 9.44 pagi.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping terima panggilan tersebut seterusnya bergegas ke lokasi kejadian bersama-sama Unit Bermotor Bomba (RIM).

“Lokasi kejadian itu kira-kira 3 kilometer (km) dari balai, mangsa didapati tidak sedarkan diri dan disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), difahamkan tiada sebarang kecederaan pada tubuh mangsa,” katanya.

Anggota bomba melakukan kerja mengeluarkan mangsa dengan mengguna pengusung lalu diserahkan mangsa kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading