Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NEELOFA MOHON MAAF

DALAM NEGARA

NEELOFA MOHON MAAF

KUALA LUMPUR: Artis dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa memohon maaf berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19, pada majlis perkahwinannya serta kunjungannya ke Langkawi bersama suami Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz), baru-baru ini.

Lapor Harian Metro, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan selepas timbul pelbagai spekulasi atas tindakannya, sebaliknya menerima dengan hati terbuka terhadap keputusan dan tindakan yang bakal dikenakan pihak berkuasa.

Neelofa dan PU Riz serta ahli keluarganya sudah memberi keterangan dan membantu siasatan oleh pihak polis di Balai Polis Dang Wangi.

“Saya dan suami pergi awal minggu ini, manakala keluarga suami hadir beberapa hari lalu dan ahli keluarga saya selesai memberi keterangan hari ini.

“Saya dengan seikhlas hati ingin memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan mahu pun di luar pengetahuan saya berhubung dua isu ini,” katanya kepada media.

Neelofa turut mengakui kurang menjaga sensitiviti serta terlepas pandang berhubung isu-isu yang berbangkit.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pasangan tersebut akan dikenakan tindakan kompaun jika siasatan polis mendapati aktiviti mereka di Langkawi melanggar SOP.

Pada hujung bulan Mac lalu, polis mendapati majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz di sebuah hotel di ibu negara gagal mematuhi SOP yang ditetapkan serta tiada penjarakan fizikal.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading