Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KO-MAKMUR JALIN LEBIH BANYAK KERJASAMA DENGAN KOPERASI

DALAM NEGARA

KO-MAKMUR JALIN LEBIH BANYAK KERJASAMA DENGAN KOPERASI

BERA: Koperasi Makmur Malaysia Berhad (Ko-Makmur) mengembangkan sektor peruncitannya melalui jalinan kerjasama dengan lebih banyak koperasi untuk memperkasakan aktiviti ekonomi.

Terbaharu, Ko-Makmur bekerjasama dengan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Bera (KopBera) bagi membuka pasar raya MG CoopMart milik KopBera yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusi Ko-Makmur, Khairul Azam Awang berkata, koperasi perlu memainkan peranan mencari jalan untuk menawarkan harga yang lebih murah dan berpatutan kepada masyarakat.

“Kunci kejayaan sektor peruncitan yang kami kenal pasti ialah perlu mendapatkan bekalan secara pukal daripada pengeluar.

“Melalui mekanisme tersebut kita boleh mengurangkan harga jualan dengan tidak menggunakan orang tengah,” katanya kepada media pada perasmian MG CoopMart di Bera semalam.

Pengerusi Ko-Makmur, Khairul Azam Awang

Tambah beliau Ko-Makmur akan menggunakan kejayaan model kerjasama dengan Koperasi Pertubuhan Anak Yatim Al-Ihsan di Lipis, Pahang yang terbukti menunjukkan potensi apabila kedai pasar mini itu berjaya meraih jualan hampir RM2 juta dalam tempoh setahun.

Katanya dengan menggunakan model yang sama, Ko-Makmur akan mengembangkan lagi sektor peruncitan kepada koperasi lain dalam negara. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading