KONTENA KHAS SIMPAN JENAZAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

KUALA LUMPUR: Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat penyimpanan jenazah atau mayat yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam memaklumkan, enam lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di hospital tersebut.

“Lebih 80 peratus kematian COVID-19 di negara ini golongan berusia dan menghidap lebih satu penyakit kronik dan komorbiditi.

“Kebanyakkan mereka mendapat jangkitan daripada ahli keluarga terdekat.

“Jika anda tinggal bersama golongan berisiko tinggi, lindungi diri anda untuk anda melindungi mereka,” kata KKM menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Semalam 36 lagi kematian baharu dilaporkan akibat COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini 1,902 kes. — AlHijrah Online

Leave a Reply