Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUJAN ROKET DI GAZA, SEKURANG-KURANGNYA 42 TERBUNUH

DUNIA

HUJAN ROKET DI GAZA, SEKURANG-KURANGNYA 42 TERBUNUH

Salah sebuah lokasi yang dibedil Israel malam tadi. Gambar oleh: Mahmud Hams / AFP.

GAZA: Sekurang-kurangnya 42 terbunuh dalam serangan udara yang dilancarkan Israel ke Gaza pada malam Ahad.

Jumlah korban tersebut merupakan angka kematian harian tertinggi sejak krisis memuncak lebih seminggu lalu.

Angka kematian dijangka terus meningkat dengan pasukan penyelamat masih berusaha mengeluarkan mayat di bawah runtuhan.

“Kami sedang tidur sebelum tiba-tiba dihujani serangan roket.

“Anak-anak menjerit. Selama setengah jam kami dihujani serangan roket tanpa sebarang amaran,” kata Lamia Al-Koulak, 43, yang kehilangan saudara dalam serangan tersebut.

Dilaporkan pesawat perang Israel melakukan puluhan serangan udara malam tadi hingga turut mengakibatkan bekalan elektrik terputus.

Lapor AFP, serangan itu juga dilancarkan selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar bagi mendesak pertempuran antara pejuang-pejuang Palestin dengan Israel dihentikan.

Setiausaha Agong PBB, Antonio Guterres mendesak agar dihentikan serangan keganasan yang “sangat mengerikan” dan memberi amaran mengenai “krisis keselamatan dan kemanusiaan yang tidak dapat dikawal”. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading