Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOREA UTARA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN MALAYSIA

DUNIA

KOREA UTARA PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN MALAYSIA

GAMBAR: AFP

PYONGYANG: Korea Utara hari ini mengumumkan akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Pengumuman itu dibuat Pyongyang selepas Kuala Lumpur mengekstradisi seorang rakyatnya ke Amerika Syarikat.

Keputusan Malaysia mengekstradisi rakyat Korea Utara tersebut disifatkan Pyongyang sebagai “jenayah yang tidak boleh dimaafkan”.

Pada 3 Mac lalu, rakyat Korea Utara, Mun Chol Myong, gagal dalam rayuannya di mahkamah Malaysia untuk mengelak diekstradisi ke Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram.

Mun sebelum ini membantah permintaan ekstradisi dengan alasan ia bermotifkan politik.

Rakyat Korea Utara yang menetap di Malaysia selama lebih sedekad itu ditahan pada 2019 susulan permohonan ekstradisi dari Washington. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading