NEGARA ARAB BAZIR 40 JUTA TAN MAKANAN PADA 2019 – PBB

Sumber imej: FAYEZ NURELDINE/AFP

PBB: Dunia membazirkan kira-kira 931 juta tan makanan sepanjang tahun 2019. Menurut laporan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP), 40 juta tan daripada jumlah besar itu menunjukkan pembaziran datangnya dari negara-negara Arab.

Menerusi laporan itu UNEP menyenaraikan Mesir sebagai negara Arab yang paling tinggi mencatatkan pembaziran makanan dengan 9 juta tan, diikuti Iraq, 4.73 juta tan dan Sudan, 4.16 juta tan.

Turut tersenarai, negara-negara Arab lain seperti Algeria, Arab Saudi, Maghribi, Yaman, Tunisia, Syria, Jordan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Laporan Indeks Pembaziran Makanan 2021 yang dikeluarkan UNEP.

Laporan berkenaan turut menyebut sumber pembaziran bukan semata-mata datang dari hasil isi rumah sahaja, sebaliknya telah terjadi sebelum ia sampai kepada pengguna terakhir.

Bagaimanapun, daripada 931 juta tan jumlah keseluruhan pembaziran yang dilaporkan, hampir 570 juta tan berlaku di peringkat isi rumah.

UNEP menjangkakan dapat mengurangkan pembaziran makanan dunia kepada separuh, pada tahun 2030. – Alhijrah Online

Leave a Reply