PASAR KERAMAT TERBAKAR

KUALA LUMPUR: Deretan gerai di Pasar Awam Dato Keramat, Kuala Lumpur dilaporkan terbakar petang ini.

Kebakaran besar menyebabkan kepulan asap hitam berkepul-kepul ke udara.

Menurut laporan awal Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), panggilan kecemasan diterima pada jam 5.26 petang tadi.

Lima buah jentera Fire Rescue Tender (FRT), empat buah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua buah water tanker, sebuah jentera Aerial Ladder Platform (ALP) dan 3 buah Unit ‘Rapid Intervention Motorcycle’RIM digerakkan dengan kekuatan 58 orang anggota.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mohd Suhaimi Mohd Razali, setibanya jentera dilokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan deretan gerai.

Image
GAMBAR ORANG AWAM
Image
GAMBAR ORANG AWAM
Image
GAMBAR ORANG AWAM
Image
GAMBAR ORANG AWAM

— AlHijrah Online

Leave a Reply