Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOS KUARANTIN JEMAAH UMRAH DITANGGUNG KERAJAAN

DALAM NEGARA

KOS KUARANTIN JEMAAH UMRAH DITANGGUNG KERAJAAN

GAMBAR OLEH: AFP

KUALA LUMPUR: Kos kuarantin bagi jemaah umrah yang baru tiba dari Arab Saudi akan ditanggung oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abd Latiff Ahmad berkata tawaran itu bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan.

“Jemaah umrah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta atau stesen kuarantin yang diuruskan kerajaan.

“Bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, Person Under Surveillance (PUS) iaitu jemaah yang negatif ujian saringan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan. Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau kerajaan memahami kerisauan para jemaah akan kos tambahan disebabkan keperluan kuarantin.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk menangguhkan sementara kebenaran perjalanan umrah bermula 8 Januari ini dan kuarantin wajib dikenakan bagi jemaah umrah yang pulang ke Malaysia bermula 3 Januari. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading