Connect with us

ALHIJRAH NEWS

KUMPULAN ULTRANASIONALIS DENMARK TINGKATKAN SERANGAN TERHADAP AL-QURAN

DUNIA

KUMPULAN ULTRANASIONALIS DENMARK TINGKATKAN SERANGAN TERHADAP AL-QURAN

Kumpulan anti-Islam dan ultranasionalis Denmark meningkatkan serangannya terhadap al-Quran pada Isnin, meskipun mendapat kecaman meluas.

COPENHAGEN: Kumpulan anti-Islam dan ultranasionalis Denmark meningkatkan serangannya terhadap al-Quran pada Isnin, meskipun mendapat kecaman meluas.

Anggota Danske Patrioter (Patriot Denmark) membakar salinan kitab suci umat Islam di hadapan kedutaan Turkiye, Algeria, Pakistan, Iran dan Indonesia di Copenhagen.

Kumpulan itu juga melancarkan serangan serupa di bandar utara Aalborg dan melaungkan slogan Islamofobia, lapor Agensi Anadolu.

Seorang wanita Islam bertengkar dengan kumpulan itu sebelum dibawa pergi oleh polis.

Beberapa bulan kebelakangan ini, perbuatan membakar atau mencemarkan al-Quran atau cubaan berbuat demikian oleh tokoh atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara-negara Eropah dan Nordik semakin menjadi-jadi, menimbulkan kemarahan negara Islam dan dunia. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading