DALAM NEGARA
ANWAR MINTA RAKYAT KELANTAN BUAT KEPUTUSAN DEMI MASA DEPAN DIRI, ANAK-ANAK
Rakyat negeri itu perlu meneliti sebab Kelantan masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain terutama Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.
Rakyat negeri itu perlu meneliti sebab Kelantan masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain terutama Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

TANAH MERAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta rakyat Kelantan membuat keputusan demi kebaikan diri sendiri dan masa depan anak-anak mereka pada Pilihan Raya Negeri Sabtu ini.
Beliau berkata rakyat negeri itu perlu meneliti sebab Kelantan masih jauh ketinggalan berbanding negeri lain terutama Perak, Johor, Selangor dan Pulau Pinang.
“Mengapa negeri lain maju? Jawapannya pemerintah tidak fikir ke depan, tak ada rancangan yang baik, yang ada hanyalah cerca orang, fitnah kepada orang,” katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan MADANI di Batang Merbau di sini malam ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berkata rakyat juga tidak seharusnya terus terpengaruh dengan isu agama dibawa oleh parti politik.
“(Masih guna) syurga dan neraka puluhan tahun dah ni, nak masuk syurga dan neraka bukan (ditentukan) parti,” katanya.
Perdana Menteri turut melahirkan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan akan kekal mentadbir negara dalam tempoh lima tahun ini.
Katanya parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan telah menyatakan komitmen mereka untuk mengekalkan kerjasama itu.
Terdahulu, Anwar meluangkan masa menghadiri Majlis Ilmu dan Selawat di Madrasah Ribat Al Musthofa, Kampung Bagan Bawah, Pulai Chondong, Machang.
Beliau turut bersama warga madrasah itu menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Seorang pemandu kereta dilaporkan cedera parah dan tersepit, namun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan...
Dr Zulkifli Hasan mengingatkan orang ramai bahawa Muzakarah Haji Kebangsaan memutuskan bahawa hukum menunaikan ibadah haji...
Institusi pendidikan KPM di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Putrajaya serta beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan...
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata setakat Julai lepas, sebanyak 3,545 pegawai farmasi kontrak...
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika lawatan ke Jakarta bulan lepas,...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.