Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI 3 BULAN DIDERA RAKAN SERUMAH IBU

DALAM NEGARA

BAYI 3 BULAN DIDERA RAKAN SERUMAH IBU

Dua warga asing ditahan selepas disyaki mendera bayi berusia tiga bulan sehingga menyebabkan pendarahan pada mata kanan dan kecederaan di kepala, di Pandan Indah, Khamis lalu.

AMPANG JAYA: Dua warga asing ditahan selepas disyaki mendera bayi berusia tiga bulan sehingga menyebabkan pendarahan pada mata kanan dan kecederaan di kepala, di Pandan Indah, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pegawai perubatan Hospital Ampang.

“Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 malam apabila seorang doktor menerima pesakit bayi lelaki warga asing dalam keadaan separa sedar yang dibawa ibunya untuk menerima rawatan pada 3 Ogos lalu.

“Mangsa lebam di bahagian kepala, pendarahan pada mata kanan dan tidak dapat menggerakkan tangan kiri serta kanan, kemungkinan mangsa menjadi mangsa dera di rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, melalui maklumat itu pasukan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ampang menahan dua warga asing dengan menyerbu kediaman mereka di Jalan Pandan Indah 1/23C, sekitar jam 1.05 tengah hari, hari ini.

Dimaklumkan, ibu mangsa mempunyai ikatan dengan suspek berusia 19 tahun yang tinggal bersama-sama di rumah berkenaan.

Bayi itu dijaga oleh suspek semasa ibunya keluar bekerja sebagai pelayan restoran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan permohonan reman kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu akan dibuat esok bagi membantu siasatan.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading