Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT LELAKI RENTUNG KERETA TERBABAS, TERBAKAR DI WCE

DALAM NEGARA

EMPAT LELAKI RENTUNG KERETA TERBABAS, TERBAKAR DI WCE

Empat lelaki ditemukan rentung manakala seorang cedera parah dalam nahas sebuah kereta di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara berhampiran susur keluar Changkat Cermin, di Manjung, petang tadi.

MANJUNG: Empat lelaki ditemukan rentung manakala seorang cedera parah dalam nahas sebuah kereta di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara berhampiran susur keluar Changkat Cermin, di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 5.11 petang membabitkan kereta jenis Proton Saga yang terbabas sebelum terbakar.

Katanya siasatan awal mendapati kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bekerja di Lumut.

“Semua mangsa adalah lelaki tempatan namun identiti mereka setakat ini masih belum dikenal pasti,” katanya hari ini.

Operasi mengeluarkan mangsa sedang dijalankan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dibantu Balai Sitiawan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading