Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK TIGA TAHUN MAUT DIREMPUH SEMASA MAIN SKUTER

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK TIGA TAHUN MAUT DIREMPUH SEMASA MAIN SKUTER

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda semasa bermain skuter, dalam kejadian di sebuah kawasan kediaman mewah di Johor Bahru, Jumaat lalu.

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut akibat dilanggar kenderaan pacuan empat roda semasa bermain skuter, dalam kejadian di sebuah kawasan kediaman mewah di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, pihaknya mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima laporan berhubung kejadian.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan yang berusia 32 tahun sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya seperti dilapor media.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM50,000, dan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, katanya.

Terdahulu, tular video memaparkan kemalangan melibatkan kanak-kanak yang sedang bermain skuter dilihat berhenti di kawasan persimpangan, sebelum sebuah pacuan empat roda berwarna hitam terus merempuhnya.

Kanak-kanak tersebut dipercayai maut di lokasi kejadian manakala pemandu kenderaan pula dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading