Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LANJUTAN PKPB DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN BERGANTUNG PENILAIAN KKM

DALAM NEGARA

LANJUTAN PKPB DI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN BERGANTUNG PENILAIAN KKM

KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dibuat selepas penilaian dan analisa ancaman penularan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman lanjutan akan dibuat selewat-lewatnya sehari sebelum PKPB di lokasi terlibat tamat.

“Kita akan bincang perkara ini. Saya percaya Kementerian Kesihatan akan membuat penilaian dan analisis situasi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan ini.

“Insya-Allah lepas penilaian dibuat KKM akan nasihat kepada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara untuk buat keputusan. Jadi tunggu daripada KKM. Saya percaya paling lewat sehari sebelum tamat tempoh kita akan umum disambung atau ditamatkan,” katanya.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya yang bermula 14 Oktober akan berakhir 27 Oktober ini.

Manakala PKPB di Labuan yang bermula 17 Oktober akan tamat pada 30 Oktober depan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading