Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DARURAT: RAJA-RAJA MELAYU BERMESYUARAT ESOK

DALAM NEGARA

DARURAT: RAJA-RAJA MELAYU BERMESYUARAT ESOK

KUALA LUMPUR: Raja-raja Melayu akan mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara esok bagi membincangkan cadangan yang dibentangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah semalam.

Lapor The Star, sumber Istana Negara memaklumkan, Al-Sultan Abdullah, bertitah bahawa mesyuarat tersebut bertujuan bagi mendapatkan pandangan daripada semua raja berhubung pengumuman darurat.

Menurut laporan, mesyuarat tersebut dijadualkan bermula pada 2.30 petang esok.

Dilaporkan mesyuarat khas itu tidak akan melibatkan Yang di-Pertuan Negeri atau mana-mana ahli politik.

Sekurang-kurangnya enam Sultan dilapor telah mengesahkan kehadiran esok, bagaimanapun hampir semua raja-raja Melayu dijangka hadir.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini bertitah akan bertemu dengan raja-raja Melayu di Istana Negara bagi memperhalusi syor-syor yang telah dikemukakan Perdana Menteri selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Jemaah Menteri di Putrajaya semalam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

2 Comments

2 Comments

  1. Manjit singh

    25 October 2020 at 1:03 AM

    Hope for the best

  2. Manjit

    25 October 2020 at 1:04 AM

    I hope..for the best

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading