ANGKA POSITIF KINI MELEBIHI EMPAT ANGKA DENGAN 1,228 KES

ANGKA POSITIF KINI EMPAT ANGKA DENGAN 1,228 KES
KUALA LUMPUR: Kes positif COVID-19 hari ini mencatatkan jumlah empat angka iaitu 1,228 kes baharu.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu 1,217 daripadanya adalah kes tempatan dan 11 daripadanya kes import.
Sabah kekal negeri yang mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 889 kes baharu diikuti Negeri Sembilan 96 kes dan Selangor 76 kes.
Dr Noor Hisham turut memaklumkan tujuh kematian baharu dicatatkan hari ini dengan jumlah kematian keseluruhan kini 221 kes.
Sementara itu 671 kes sembuh baru direkodkan menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan 16,555. — AlHijrah Online