Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEBIH 100 SEKOLAH DI KELANTAN MOHON KHIDMAT PENGIRING KELUARKAN BAP

DALAM NEGARA

LEBIH 100 SEKOLAH DI KELANTAN MOHON KHIDMAT PENGIRING KELUARKAN BAP

Lebih 100 sekolah di Kelantan membuat permohonan bagi mendapatkan khidmat pegawal pengiring bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ketika mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di bank.

KOTA BHARU: Lebih 100 sekolah di Kelantan membuat permohonan bagi mendapatkan khidmat pegawal pengiring bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku ketika mengambil wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di bank.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata permohonan itu dibuat oleh guru besar bagi Sekolah Kebangsaan (SK) dan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) bermula minggu lepas.

“Pihak polis mengambil perhatian serius terhadap permohonan berkenaan kerana ia membabitkan sejumlah wang yang besar.

“Kita nasihatkan supaya pihak sekolah buat permohonan ini untuk menjamin keselamatan ketika mengambil wang,” katanya kepada pemberita selepas Program Engagement Kor-Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (SUKSIS)/SISKOR/ SISPA/PALAPES Darat dan Laut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersama pelajar SMK Raja Sakti, di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata selain pihak sekolah, pihak lain yang memerlukan perkhidmatan pengiring untuk mengambil wang dalam jumlah yang besar juga boleh membuat permohonan berkenaan.

“Permohonan ini perlu dibuat awal bagi memudahkan pihak polis untuk membuat perancangan termasuk untuk mengelakkan waktu puncak yang akan berlakunya kesesakan jalan raya,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading