Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT LELAKI WARGA ASING DIKERAT DALAM BAGASI – POLIS

DALAM NEGARA

MAYAT LELAKI WARGA ASING DIKERAT DALAM BAGASI – POLIS

Polis mengesahkan mayat manusia dikerat beberapa bahagian yang ditemui dalam bagasi di tepi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) semalam adalah seorang lelaki warga asing dan bukan beragama Islam.

SUNGAI BULOH: Polis mengesahkan mayat manusia dikerat beberapa bahagian yang ditemui dalam bagasi di tepi Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) semalam adalah seorang lelaki warga asing dan bukan beragama Islam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt. Shafa’aton Abu Bakar berkata, maklumat tersebut diperoleh hasil proses bedah siasat ke atas mayat mangsa hari ini.

“Setakat ini hanya merakam percakapan daripada satu saksi berkaitan kes bunuh tersebut,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Shafa’aton Abu Bakar berkata, punca kematian mangsa akibat pelbagai kecederaan menggunakan senjata tajam dan tumpul yang dikesan pada anggota badannya.

Bagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti sebenar mangsa.

Siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek yang bertanggungjawab melakukan jenayah itu, katanya.

Semalam, orang awam menemui sebuah bagasi hitam yang mengandungi beberapa bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya PLUS.

Hasil pemeriksaan polis menemukan beberapa bahagian badan (bahu ke pinggang) yang dikerat tanpa bahagian kepala dan kedua-dua tangan dalam bagasi itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading