Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI BAKAR MERCUN TENGAH JALAN RAYA DITAHAN

DALAM NEGARA

LELAKI BAKAR MERCUN TENGAH JALAN RAYA DITAHAN

Seorang lelaki yang tular videonya membakar mercun di Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Tesco Ampang telah ditahan polis.

AMPANG JAYA: Seorang lelaki yang tular videonya membakar mercun di Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhadapan Petronas Tesco Ampang telah ditahan polis.

Suspek berusia 35 tahun itu memberi alasan tindakannya itu sebagai percubaan selepas diminta pelanggan yang ingin membeli mercun dijual rakannya.

Media tempatan yang memetik sumber melaporkan suspek ditahan di tepi jalan selepas video tersebut tular.

“Video yang tular itu dirakam oleh pelanggan berkenaan. Siasatan lanjut berhubung kejadian kini sedang dijalankan.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek yang juga pemandu lori itu didapati negatif sebarang penggunaan dadah,” kata sumber itu.

Permohonan reman terhadap suspek sedang dijalankan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Penahanan suspek disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan beliau turut memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading