UMAT ISLAM DINASIHAT TIDAK TERPENGARUH PENETAPAN AIDILFITRI NEGARA LAIN
Umat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak terpengaruh dengan berita penetapan Aidilfitri di negara lain yang mendakwa 1 Syawal akan jatuh pada Jumaat, 21 April ini.
IPOH: Umat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak terpengaruh dengan berita penetapan Aidilfitri di negara lain yang mendakwa 1 Syawal akan jatuh pada Jumaat, 21 April ini.
Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim berkata penetapan 1 Syawal di negara ini berdasarkan Ikmanur Rukyah (kebolehnampakan anak bulan Syawal) yang bergantung kepada cerapan yang akan dilakukan 20 April nanti.
“Tiada isu sebenarnya pada tahun ini kerana menurut data yang diperoleh dan diukur, amat sukar untuk kita melihat anak bulan di tempat kita (Malaysia).
“Namun, masyarakat terkesan dengan sumber-sumber dari negara luar yang sudah tentu ukuran anak bulannya berbeza-beza, umur bulan juga berbeza,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Pemberian Kelengkapan Baju Raya kepada Asnaf bersama Yayasan Ikhlas di sebuah pasar raya di sini hari ini.
Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara akan melaksanakan cerapan anak bulan untuk menentukan tarikh 1 Syawal pada 20 April ini.
Sebelum ini, terdapat kegusaran rakyat Malaysia terhadap berulangnya sejarah ‘raya terkejut’ seperti tahun lepas dan spekulasi 1 Syawal pada Jumaat 21 April ini tular menerusi media sosial akhir-akhir ini.
Sementara itu, Zamri berkata umat Islam dinasihat menunggu pengisytiharan Majlis Raja-Raja pada malam 20 April dan bersatu hati meraikan 1 Syawal seperti diumumkan nanti.
“Ikutlah apa yang ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja iaitu pada malam ke-29 bagi pengumuman tersebut. Jangan panik kerana raya terkejut atau tidak, yang penting adalah kita mematuhi rukun dengan bertakbir dan melakukan solat sunat Aidilfitri. Kita tumpu hari raya sebagai ibadah.
“Kewajipan pemerintah adalah untuk melihat syiar Islam ditegakkan kerana kita perlu memastikan umat Islam bersatu padu. Kita tidak mahu berlaku seperti di negara lain yang tarikhnya berbeza- beza seperti pada sekitar tahun 80-an sehinggakan Majlis Raja-Raja telah membuat satu ketetapan standard agar dapat dipatuhi oleh semua umat islam di Malaysia,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.