Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI BANGLADESH DIDAKWA BUNUH RAKAN SENEGARA

DALAM NEGARA

LELAKI BANGLADESH DIDAKWA BUNUH RAKAN SENEGARA

Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, awal bulan ini.

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya, awal bulan ini.

Mohammad Mokul Hossain, 34, bagaimanapun tidak memahami pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu dan tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Hossen Md Monowar di Jalan Kuak, Pekan Kuak, Lenggong antara 7 hingga 8 malam, 8 Sept lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan sekiranya dikenakan hukuman penjara hendaklah juga disebat tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohd Shazmeer Zamhari menetapkan 20 Okt ini untuk sebutan bagi melantik jurubahasa di Mahkamah Majistret Lenggong.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sufi Aiman Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan mayat seorang lelaki ditemukan rentung dipercayai dibunuh di kawasan kebun pisang di Kampung Pengkalan Ikan dekat Kuak, Lenggong pada 8 Sept.

Keadaan mangsa warga Bangladesh itu disedari orang awam sebelum melaporkan kepada polis pada 11.35 malam hari kejadian. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading