Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIDENDA RM4,500, ROSAK LAMPU PAGAR TANAH KUBUR

DALAM NEGARA

LELAKI DIDENDA RM4,500, ROSAK LAMPU PAGAR TANAH KUBUR

Seorang lelaki didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Melaka hari ini kerana merosakkan lampu pagar di kawasan tanah perkuburan di Bukit Peringgit, minggu lepas. 

Gambar ARKIB

MELAKA: Seorang lelaki didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana merosakkan lampu pagar di kawasan tanah perkuburan di Bukit Peringgit, minggu lepas. 

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Syafian Muhammad, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, turut memerintahkan dia dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa melakukan khianat dengan merosakkan lampu pagar di kawasan tanah perkuburan Masjid An-Nur sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2,180 pada 7.15 malam 16 Jan.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, seorang kontraktor pemasangan wayar elektrik telah membuat laporan berhubung kejadian lampu pagar tanah perkuburan dipecahkan.

Polis kemudiannya menangkap seorang lelaki di sebuah medan selera yang mengaku melakukan perbuatan itu dengan menggunakan sebatang kayu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Syaza Nur Sharif memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh manakala Muhammad Syafian yang tidak diwakili peguam tidak mengemukakan sebarang rayuan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading