Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DIPENJARA 7 TAHUN SELEPAS MENGAKU MASUKKAN PEN DALAM KEMALUAN KANAK-KANAK

DALAM NEGARA

LELAKI DIPENJARA 7 TAHUN SELEPAS MENGAKU MASUKKAN PEN DALAM KEMALUAN KANAK-KANAK

KUANTAN: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun serta satu sebatan atas pertuduhan memasukkan sebatang pen ke dalam kemaluan seorang kanak-kanak, pada 11 tahun lalu.

Hakim Mohd Kafli Che Ali memerintahkan hukuman tersebut terhadap Lim Ming Soon, 41, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah telah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh dia ditangkap iaitu pada 11 September 2020.

Ming Soon mengaku bersalah dengan sengaja melakukan perhubungan seksual dengan memasukkan sebatang pen ke dalam kemaluan kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun tanpa kerelaannya.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Lorong Air Putih di sini, pada jam 1 hingga 7 petang, di antara tahu 2011 hingga 2012.

Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Memetik laporan Sinar Harian, peguam mewakili tertuduh sebelum itu memohon mahkamah untuk mengurangkan hukuman terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh menjimatkan masa pendakwaan dan mahkamah.

Peguam Mohamad Hamizey berkata, tertuduh memberi kerjasama yang baik terhadap pihak polis sepanjang siasatan dilakukan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nursyuhada Tuan Mamat mahu mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira fakta kes.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading