Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITAHAN PUKUL, ROSAKKAN TELEFON ISTERI

DALAM NEGARA

LELAKI DITAHAN PUKUL, ROSAKKAN TELEFON ISTERI

Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas isterinya mendakwa telah dipukul dan telefon bimbit miliknya telah dirosakkan oleh suspek.

KUCHING: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas isterinya mendakwa telah dipukul dan telefon bimbit miliknya telah dirosakkan oleh suspek.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ashmon Bajah berkata satu kenyataan berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di Kuching, Sarawak telah dimuatnaik di akaun Twitter mangsa semalam dan tular.

Katanya, pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dan suspek yang merupakan penjawat awam itu telah ditahan pada 17 April 2022 bagi membantu siasatan.

Ujar Ashmon laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat pada 17 Disember 2021 (khianat dengan merosakkan telefon bimbit) dan 10 Januari 2022 (mendatangkan kecederaan).

“Dua kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumahtangga (AKRT).

“Kertas siasatan akan dimajukan ke Pejabat Peguam Negara bagi memohon arahan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ashmon berkata, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat spekulasi berkaitan kejadian tersebut kerana kes masih dalam siasatan.

Jelasnya, tindakan boleh diambil ke atas mana-mana individu yang didapati menyebarkan kenyataan palsu iaitu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading