Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITEMUKAN LEMAS, TERJUN SUNGAI ELAK DIBERKAS POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI DITEMUKAN LEMAS, TERJUN SUNGAI ELAK DIBERKAS POLIS

Seorang lelaki ditemukan lemas sementara seorang lagi masih hilang selepas kedua-duanya terjun ke dalam sungai semasa melarikan diri dari serbuan polis, di Jalan Muara 20, Taman Muara Esbee, Kuala Selangor, pagi tadi.

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki ditemukan lemas sementara seorang lagi masih hilang selepas kedua-duanya terjun ke dalam sungai semasa melarikan diri dari serbuan polis, di Jalan Muara 20, Taman Muara Esbee, di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa warga tempatan berusia 31 tahun itu ditemui terapung oleh nelayan kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada jam 7.52 pagi.

“Mayat mangsa yang ditemui telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Gerakan mencari diteruskan oleh pihak bomba terhadap seorang lagi rakan mangsa yang dipercayai lemas,” katanya.

Norazam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.43 malam tadi.

Sepasukan 15 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor telah dikejarkan ke lokasi kejadian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading