LELAKI MENINGGAL DUNIA TEPI JALAN POSITIF COVID-19

SHAH ALAM: Seorang lelaki ditemui terbaring tidak sedarkan diri di Jalan 3 Tepi Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat pada Rabu lepas, telah meninggal dunia dan disahkan positif COVID-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pihak Balai Polis Tanjung Sepat menerima laporan orang awam kira-kira jam 5 petang.

Katanya, pihak polis kemudian menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjong Sepat untuk bantuan ambulan ke lokasi kejadian.

“Pegawai kesihatan telah mengesahkan lelaki berusia 53 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal dijalankan mendapati tiada unsur jenayah sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Banting untuk bedah siasat dan mendapati mangsa positif COVID-19,” katanya.–AlHijrah Online

Leave a Reply