KUALA LUMPUR: Hanya sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih menjalankan operasi vaksinasi jumpa terus atau “walk-in” tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini.
Dalam kenyataan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), vaksinasi jumpa terus hanya untuk penduduk di Lembah Klang dan individu yang telah mendapat janji temu tidak dibenarkan untuk jumpa terus dan tidak dibenarkan untuk membatalkan janji temu yang diberikan bagi tujuan jumpa terus sekiranya janji temu sedia ada adalah pada tarikh yang akan datang.
PPV yang terpilih ialah KL Convention Centre, HCO F, HCO G dan HCO H; Bangi Avenue Convention Centre; Hotel Wyndham, Klang; Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre, Shah Alam.
CITF memaklumkan, khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan ‘komorbid’ (kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada COVID-19 sekiranya dijangkiti) di Lembah Klang, vaksinasi jumpa terus bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos manakala semua warganegara 18 tahun ke atas di Lembah Klang bermula 5 hingga 22 Ogos.
Tambahnya, masa jumpa terus bermula pukul 2 petang setiap tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.
Bagi bukan warganegara Malaysia di Lembah Klang, vaksinasi jumpa terus bermula 9 Ogos dan hanya dijalankan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pukul 2 petang setiap hari tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.
“Khusus untuk umur 40 tahun ke atas atau golongan komorbid di Lembah Klang bermula 9 Ogos hingga 11 Ogos, manakala 12 Ogos hingga 22 Ogos bagi semua bukan warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang,” katanya.
CITF berkata antara dokumen yang diperlukan iaitu bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.
“Golongan komorbid diminta membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka komorbid seperti kad rawatan atau kad janji temu.
“Tambahan bagi bukan warganegara, mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, mereka akan melalui proses yang telah ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara yang telah dikeluarkan oleh CITF,” katanya.
Jelasnya, pelaksanaan vaksinasi jumpa terus ini adalah berdasarkan “siapa dahulu, dia dapat” bergantung kepada kapasiti bekalan di PPV, dengan individu jumpa terus akan diletakkan di bawah ‘senarai menunggu’ untuk hadir semula pada keesokan harinya sekiranya bekalan vaksin pada hari berkenaan sudah habis digunakan.
“Adalah dimaklumkan bahawa golongan ibu hamil tidak perlu untuk jumpa terus bagi mendapatkan vaksinasi sebaliknya janji temu mereka akan diberikan melalui MySejahtera.
“Operasi vaksinasi tanpa janji temu jumpa terus ini adalah berlandaskan kepada keperluan untuk melindungi penduduk di Lembah Klang dalam zon merah memandangkan kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat,” katanya.
Sementara itu, CITF memaklumkan bagi vaksinasi secara jumpa terus melalui program jangkauan di kawasan pinggiran Lembah Klang pula, ia akan bermula secara berperingkat pada 9 Ogos ini.
“Jadual pergerakan iaitu tarikh dan lokasi bergantung kepada perancangan pihak terlibat seperti badan bukan kerajaan dan agensi kerajaan yang menganjurkan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) serta lain-lain agensi seperti Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan di kawasan sasaran.
“Hebahan tarikh, masa dan lokasi akan dilakukan melalui media sosial, media tradisional dan melalui kerjasama dengan Pejabat Daerah yang berkenaan serta Jabatan Penerangan Negeri Selangor,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked